Floria 2024

Digital Putrajaya Exhibition & Conference (DiPEC) 2024

Tentang Acara

Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Pameran & Persidangan Digital Putrajaya 2024 (DiPEC 2024) yang menawarkan peluang kepada pentadbir bandar dan pemain industri dari dalam dan luar negara untuk menerokai pendekatan Bandar Pintar dalam pengurusan bandaraya. DiPEC 2024 bukan sahaja platform G2G untuk Kerajaan Tempatan tetapi juga meliputi rangkaian G2B dan B2B. 

Dengan tema "AI and Data Driven Future City", DiPEC 2024 akan berlangsung di Dewan Persidangan Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 4 dan 5 Disember 2024. Acara ini dijangka membawa lebih 50+ peserta pameran, dengan lebih 20+ sesi penceramah.

Edisi ke-2 ini akan mempamerkan penyelesaian Bandar Pintar yang telah dilaksanakan di Putrajaya. DiPEC 2024 berhasrat untuk menggalakkan kerjasama antara bandar, kerjasama bersama pihak swasta, mewujudkan peluang pekerjaan, pembangunan data raya dan pengurusan bandar berasaskan teknologi dalam usaha meningkatkan kesejahteraan sosial. 

Perbadanan Putrajaya akan memperkenalkan inisiatif digital terbaru kami dalam acara ini. Antaranya, Putrajaya Urban Observatory dan Pusat Operasi Bersepadu.

DiPEC 2024 di Putrajaya pastinya akan menarik penyedia penyelesaian, majlis bandaraya, pemaju bandar dan pembuat keputusan untuk inovasi dan transformasi digital di dalam pengurusan bandaraya.

Daftar sekarang dan dapatkan tiket percuma anda hari ini.

Daftar Sekarang

Sumber :   https://smart.putrajaya.my/event/dipec/

Aktiviti